Tuesday 22 April 2014

Kisah Imam Ahmad bin Hanbal vs Atheis (tidak percaya tuhan)



Pada suatu masa zaman pemerintahan Abbasiah di Baghdad. Terdapat seorang atheis(tidak percaya kewujudan tuhan) dari kerajaan Rom datang ke sana dan mempertikaikan kewujudan tuhan. Si atheis mengatakan alam ini jadi dengan sendirinya iaitu melalui proses semulajadi alam tanpa ada yang menjadikan alam ini. Menjadi huru-hara lah di dalam kota Baghdad oleh kerana dalil-dalil akal Si Atheis itu tidak dapat dipatahkan oleh ulama-ulama yang sudah berdebat dengannya.

Allah berkehendak dengan sifat IradahNya untuk mengangkat darjat Imam Ahmad bin Hanbal maka suatu perdebatan atau perbahasan diatur antara Imam Ahmad bin Hanbal dan si Atheis. Apabila perbahasan dimulakan Imam Ahmad bin Hanbal sampai lewat beberapa jam selepas masa dijanjikan, maka inilah satu kesalahan yang menjadi kelebihan untuk si Atheis mempertikaikan peribadi Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad menjelaskan kenapa beliau lewat tiba seperti masa yang telah ditetapkan;

"Semasa aku ingin melintas sungai Furat (Euphrates) tidak ada sampan atau perahu di situ. Aku pun menunggu dalam suatu tempoh masa yang agak lama, tiba-tiba datang satu papan kemudian datang lagi papan-papan yang lain sehinggalah menjadi sebuah sampan dan dapatlah aku datang ke sini. Sungguh ajaib perkara itu."

Maka jawab si Atheis;

"Ini semua mengarut, dongeng! Mana boleh diterima pada akal sampan itu boleh terjadi dengan sendirinya. Perkara ini mustahil."

Kata Imam Ahmad;

"Sampan yang kecil dan mudah untuk dibina, tidak mampu kamu terima pada akal dibina dengan sendiri. Inikan pula alam ini yang tersusun setiap kejadiannya mestilah ada yang menjadikannya iaitu Allah."

Kelulah lidah si Atheis dan matilah hujah-hujahnya dengan Karamah(kemuliaan) dan kebijaksanaan Imam Ahmad Bin Hanbal.